PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP KEBANYAKANNYA MENDATAR

03/12/2025 07:18 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya mendatar pada hari ini.

Sewaktu ditutup, kontrak Disember 2025 susut dua mata kepada 1,629.0 manakala kontrak Januari 2026, Mac 2026 dan Jun 2026 masing-masing tidak berubah pada 1,632.5, 1,615.0 dan 1,619.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 6,895 lot daripada 7,064 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,424 kontrak daripada 43,109 kontrak, sebelum ini.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI susut 7.76 mata atau 0.48 peratus kepada 1,622.84 daripada paras penutup Selasa pada 1,630.60.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan