KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.88 mata atau 0.18 peratus kepada 1,613.64 daripada 1,616.52 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks dibuka rendah 0.49 mata kepada 1,616.03.
Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan 162 kaunter rugi mengatasi 90 kaunter untung, 275 kaunter tidak berubah, 2,218 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 86.49 juta saham bernilai RM39.45 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa Wall Street ditutup tinggi minggu lepas berikutan pelabur terus menyambut baik penurunan inflasi dan prospek penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan selepas beberapa data ekonomi yang lebih lemah daripada jangkaan.
Bagi bursa tempatan, Thong berkata beliau menjangka FBM KLCI terus mencatatkan turun naik antara 1,610 dan 1,630 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan 10 sen kepada RM10.08, CIMB Group merosot lapan sen kepada RM7.83, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing menurun tiga sen kepada RM4.36 dan RM8.37 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM12.64.
Dalam senarai paling aktif, Capital A naik satu sen kepada 39 sen manakala BMS Holdings yang mula disenaraikan di Pasaran ACE berkurangan 3.5 sen kepada 18.5 sen, Land and General merosot satu sen kepada 14 sen serta Velesto dan Kinergy Advancement, masing-masing mendatar pada 25 sen dan 38 sen.
Harga BMS Holdings dibuka pada 19.5 sen, lebih rendah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 22 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Nestle, yang naik RM1.60 kepada RM113.60, Quality Concrete menambah 16 sen kepada RM1.11, FCW meningkat sembilan sen kepada RM1.80 serta United Plantations dan Pentamaster, masing-masing menokok lapan sen kepada RM28.52 dan RM3.78.
Dalam kalangan kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries berkurangan 66 sen kepada RM31.24, Petronas Dagangan merosot 52 sen kepada RM18.88, Hong Leong Bank menurun 30 sen kepada RM21.00, PPB susut 20 sen kepada RM9.96 dan Batu Kawan berkurangan 20 sen kepada RM19.22.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 72.26 mata kepada 11,889.97, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 53.75 mata kepada 11,743.30, Indeks FBMT 100 jatuh 70.21 mata kepada 11,673.61, Indeks FBM ACE menurun 32.33 mata kepada 4,783.81 dan Indeks FBM 70 merosot 46.01 mata kepada 16,676.60.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 164.33 mata kepada 18,847.00, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.22 mata kepada 165.56, Indeks Tenaga menurun 2.63 mata kepada 755.91 dan Indeks Perladangan susut 63.28 mata kepada 8,032.97.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial