KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan kerugian untuk ditutup lebih rendah pada hari Jumaat selepas pelabur semakin beralih kepada aset selamat seperti dolar US.
Pada penutupan, kontrak semerta Mac 2026 turun kepada US$4,439.80 satu auns troy berbanding US$4,440.20 yang dicatatkan pada Khamis, April 2026 merosot kepada US$4,459.80 satu auns troy daripada US$4,460.20 dan Mei 2026 jatuh kepada US$4,479.80 satu auns troy daripada US$4,480.20 sebelum ini.
Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 juga berakhir lebih rendah pada US$4,513.70 satu auns troy daripada US$4,514.10 semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 20 lot berbanding sembilan lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 87 kontrak daripada 75 kontrak.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 26 Mac, emas fizikal ditetapkan pada US$4,456.45 satu auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial