SUNGAI PETANI, 11 Feb (Bernama) -- Konvensyen Kerajaan Perpaduan Kedah pada Sabtu ini, akan membincangkan pelbagai perkara termasuk persiapan dan hala tuju Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘kerajaan menanti’ di Kedah.
“Pertemuan baru-baru ini, kami (PH dan BN) ambil kesempatan untuk berbincang tentang bagaimana kami boleh memposisikan diri sebagai pembangkang yang lebih dipercayai dan efektif (di Kedah),” kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi PH Kedah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga sempena sambutan Thaipusam dan Lawatan Kerja di Penjara Sungai Petani di sini hari ini.
Pada 28 Jan tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Perpaduan di semua negeri turut serta mengadakan konvensyen bagi memperkukuh kestabilan gabungan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial