POLITIK > BERITA

PEMIMPIN GRS ADAKAN PERTEMUAN TERTUTUP DI SRI GAYA, MALAM INI

02/10/2025 12:40 AM

KOTA KINABALU, 1 Okt (Bernama) -- Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan tertutup di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya, di sini malam ini.

Pertemuan yang bermula pada jam 7 malam itu dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS, sebelum beberapa pemimpin dilihat meninggalkan kediaman rasmi itu sekitar jam 10 malam.

Antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; serta Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joachim Gunsalam.

Difahamkan pertemuan itu bertujuan membincangkan persediaan GRS menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka diadakan tahun ini.

GRS dianggotai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah, PBS, STAR, SAPP, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah, dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dijadualkan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan sebelum tarikh berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan