POLITIK > BERITA

SPR ADAKAN MESYUARAT KHAS TENTUKAN TARIKH PRN SABAH KE-17

06/10/2025 06:38 PM

KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

SPR dalam kenyataan memaklumkan tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

“SPR mengambil maklum berhubung pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 pada hari ini.

“SPR telah bersiap sedia untuk melaksanakan pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah,” menurut kenyataan itu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pembubaran berkenaan selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan