POLITIK > BERITA

LEBIH BANYAK PELUANG KERJA DI LAHAD DATU JIKA GRS DIBERI MANDAT - MIZMA

20/11/2025 07:47 PM

LAHAD DATU, 20 Nov (Bernama) -- Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam Datuk Mizma Appehdullah akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Silam dan Lahad Datu amnya sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau berkata perancangan itu antara terkandung dalam manifesto GRS, selaras dengan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Melalui (dasar) SMJ yang diperkenalkan kerajaan negeri, lebih banyak pelabur dari luar negara akan membuka kilang yang menawarkan banyak pekerjaan kepada anak-anak muda di Sabah, tidak terkecuali di Lahad Datu.

"Kita tidak mahu anak muda berhijrah keluar dari Sabah kerana tiada tawaran (pekerjaan) kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas program bersama belia dan pemandu e-hailing di Bandar Lahad Datu di sini hari ini.

Mizma berkata sudah tiba masanya ada wakil rakyat yang serius mengangkat industri pelancongan di kawasan Silam bagi memberi limpahan ekonomi penduduk sekitarnya.

Mengenai usaha memperkasakan golongan belia, Mizma berkata beliau sentiasa mengadakan program bersama golongan itu sebelum musim pilihan raya bagi mendengar permasalahan mereka seterusnya membantu menyelesaikan masalah dihadapi.   

Beliau berkata pendekataan seumpama itu mampu menghindarkan golongan belia daripada sebarang gejala tidak sihat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian manakala 25 Nov untuk undi awal.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.

 

 N62: SILAM: SABAH: 28,261

 

1. Sharif Musa Sharif Mabul (BN-UMNO)

2. Datuk Mizma Appehdullah (GRS-Gagasan Rakyat)

3. Datuk Mohammad Yusof Apdal (Warisan)

4. Borkes @ Balkis Kalinggalan (PN-Bersatu)

5. Abd Halim Sidek Gulam Hassan (PH-PKR)

6. Amat Kawoh @ Abd Rahman (Bebas)

7. Mohammad Enriquez(SPP)

8. Brahim Bisel(PIS)

9. Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin (PKS)

(2020: Datu Dumi Masdal: Warisan Plus-Warisan: Maj: 1,542)

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan