KUNAK, 25 Nov (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (Kunak) Datuk Seri Dr Anil Sandhu, menerima skrol Professional Master in Political Science pada Majlis Graduasi UTMSPACE semalam.
Anil, 40, berkata sepanjang dua tahun pengajian, beliau melalui pelbagai cabaran termasuk kekangan masa yang padat sehingga menyebabkan majlis konvokesyen terpaksa ditangguhkan ke tahun ini.
“Ada yang meragui kelulusan pendidikan saya, ada yang meminta saya menyatakan sijil dan bukti bagi memuaskan hati mereka serta mengesahkan kebenarannya,” katanya dalam kenyataan.
Walaupun berdepan tohmahan, Anil berkata beliau sentiasa tenang dan tersenyum kerana tidak semua perkara perlu dijelaskan atau dibuktikan kepada orang lain.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua profesor dan pensyarah yang banyak membantunya sepanjang pengajian sarjana itu.
“Buat orang Kunak, saya berharap anda dapat menilai sepanjang tempoh kempen, saya tidak pernah memburukkan parti lawan atau menyentuh hal peribadi mereka. Apa yang saya sampaikan hanyalah fakta,” katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, Anil berdepan pertandingan enam penjuru di DUN Kunak yang mempunyai 24,854 pemilih berdaftar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (29 Nov) sebagai hari pengundian bagi PRN ke-17, manakala undi awal berlangsung hari ini.
Untuk berita terkini mengenai PRN Sabah ke-17, sila layari laman web rasmi Bernama di pautan https://prn.bernama.com/sabah/index.php
N63: KUNAK: SABAH: 24,854
1. Datuk Norazlinah Arif (GRS-Gagasan Rakyat)
2. Kasman Karate (PN-PAS)
3. Roselih Lumayan (PIS)
4. Ismu Isyam Arsad (PPRS)
5. Datuk Seri Anil Jeet Singh (BN-UMNO)
6. Datuk Jasa @ Ismail Rauddah (Warisan)
(2020: Norazlinah Arif: Warisan Plus-Warisan: Majoriti: 589)
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial