KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman buat penggal kesembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menang dengan majoriti 8,919 dalam persaingan lima penjuru di DUN yang mempunyai 18,352 pemilih berdaftar pada PRN kali ini.
Beliau menewaskan empat calon lain iaitu Dr Shahnon Rizal Thaijuddin daripada Barisan Nasional, Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).
Pada PRN 2020, Hajiji menang dengan majoriti 3,099 undi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial