POLITIK > BERITA

PENERANGAN UMNO CADANG TUBUH SAYAP DIGITAL

14/01/2026 01:21 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Penerangan UMNO mencadangkan agar parti itu menubuhkan Sayap Digital bagi membentuk naratif politik dan memperkukuh pengaruh UMNO dalam era digital.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sayap berkenaan dicadang menjadi satu struktur rasmi parti di pelbagai peringkat, seiring dengan keperluan landskap politik semasa.

“Kita juga boleh membangunkan pangkalan data pengundi serta menganalisis sentimen melalui pendekatan mikrosasaran (microtargeting) yang boleh diajar kepada ahli parti di peringkat bahagian dan negeri,” katanya.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika berucap pada Simposium Politik Era Digital 2026 anjuran Penerangan UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penubuhan sayap digital itu juga berupaya membantu parti menyelaras jentera, mempengaruhi persepsi awam terhadap UMNO di media sosial serta menggerakkan kempen secara lebih tersusun dan berkesan.

Azalina berkata bagi menjayakan sayap digital itu, latihan berterusan perlu dilaksanakan oleh Penerangan UMNO Pusat bersama Penerangan UMNO negeri kepada ahli-ahli parti.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan