JKKN MENGANGKAT KARYA SASTERA MELALUI PENGANJURAN "MALAM MENGENANG J.M. AZIZ PENGANTIN LAUT"

23/09/2024 10:00 AM

KUALA TERENGGANU, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu dengan kerjasama Persatuan Selampit Seni Negeri Terengganu telah menganjurkan ‘Malam Mengenang J.M. Aziz Pengantin Laut’ pada 21 September 2024 (Sabtu), jam 9.00 malam bertempat di Auditorium JKKN Terengganu. Program ini merupakan program penyemarakkan karya seni, sastera, teater warisan dan karya agung dan ia adalah di Bawah Inisiatif Belanjawan 2024: Ikhtiar 11 - Memperkukuh Perpaduan Dan Keselamatan, Perkara Ketiga - Sukan Dan Budaya Wahana Perpaduan (Budaya, Bahasa Dan Kesusasteraan).

Malam mengenang J.M. Aziz bertujuan mengenang dan mengangkat semula karya tokoh sastera yang telah banyak memberi sumbangan melalui penulisan karya-karya beliau. Jiwa Merana Aziz atau J.M. Aziz digelar sebagai pemuisi laut kerana beliau banyak menulis tentang laut, penyu, karang dan nelayan. Sebanyak 10 puisi dan 3 lagu karya-karya J.M. Aziz dipersembahkan dalam persembahan utama yang menampilkan barisan artis dan jemputan seperti Kopratasa, Anis Suraya, Azian Mazwan Sapuan, Tuan Izzat Izzuddin dan Sidi AF7.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan