SELANGOR, 24 Mac (Bernama) -- redONE Mobile, Operator Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terkemuka di Asia Tenggara, terus mempergiatkan usaha terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang dijalankan sepanjang Ramadan bertujuan bagi mempererat jalinan kemasyarakatan serta membantu komuniti yang memerlukan.
Melalui cabang amal redONE Mobile, iaitu redONE Foundation, program Colours of Ramadan telah dijalankan sebagai tradisi tahunan sempena menyambut kedatangan Ramadan. Program ini dijalankan setiap tahun bagi menyokong komuniti yang memerlukan melalui agihan makanan, bantuan kewangan dan acara kemasyarakatan. Tahun ini, program tampil berbeza dengan penglibatan sukarelawan dari redONE Foundation yang bergotong-royong seawal pukul 10 pagi untuk memasak bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa buat komuniti di Surau Haji Taib, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang. Aktiviti juga diserikan dengan kehadiran pempengaruh terkenal, Uncle Tokok atau nama sebenarnya Harif Anas Haikal, yang secara aktif mengambil bahagian dalam persiapan sepanjang hari tersebut.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial