SUKAN > BERITA

SUKAN TARIAN: MALAYSIA RAIH DUA EMAS DI TERBUKA LONDON 2024

24/09/2024 12:04 PM

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasukan sukan tarian negara merangkul dua pingat emas pada Terbuka London 2024, semalam.

Menurut Persekutuan DanceSport Malaysia (MYDF), emas berkenaan diperoleh menerusi Cherry Yeo dalam Latin Solo Wanita dan Madeleine Lau bagi acara Latin Solo Wanita Remaja.

Cherry dan Madeleine masing-masing telah mempamerkan bakat dan keunggulan seni tari luar biasa hingga memukau barisan juri sekali gus meletakkan kedua-duanya mengungguli kedudukan teratas.

Pencapaian Cherry itu memberikan perkembangan positif kepada kedudukan rankingnya yang kini menghuni ranking kedua teratas dunia bagi kategori Latin Solo Wanita manakala Madeleine keempat dunia Latin Solo Wanita Remaja.

"Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 25 negara termasuk Malaysia menyertai kejohanan berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan