SUKAN > BERITA

HAKIMI MAHU RAKAN SEPASUKAN KDN FC PERKEMAS CORAK PERMAINAN

23/10/2024 09:51 PM

KOTA BHARU, 23 Okt (Bernama) -- Pemain tengah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Hakimi Abdullah mahu rakan sepasukannya memperkemas corak permainan menjelang aksi menentang Sri Pahang FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Jumaat ini.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata kekalahan 1-3 kepada Kuala Lumpur City (KL City) sebelum ini perlu dijadikan motivasi untuk mereka berusaha memperbaiki kedudukan Liga Super yang ketika ini berada di tangga tercorot.

"Kekalahan kepada KL City memang perit kerana kami mendahului lawan namun tewas pada penghujung minit perlawanan apabila lawan berjaya membolosi gawang kami dengan tiga gol.

"Kami perlu melupakan kekalahan itu kerana perjalanan Liga Super masih panjang, kami harus bangkit semula bertemu Sri Pahang FC dengan membawa pulang mata," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Skuad Sang Kijang Emas ketika ini berada di tangga terbawah daripada 13 pasukan yang bertanding dalam Liga Super dengan memperoleh enam mata hasil dua kemenangan dan 10 kekalahan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan