SUKAN > BERITA

SRG IDAM PERTAHAN KEJUARAAN MPL

28/10/2024 12:33 PM

PETALING JAYA, 27 Okt (Bernama) -- Juara Kejohanan Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB) 2024 Selangor Red Giants (SRG) berhasrat mempertahankan gelaran kejuaraan Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia Musim ke-14 apabila turun dalam saingan ‘play-off ‘di Iskandar Puteri, Johor pada Khamis ini.

Ketua pasukan SRG Simon Lim berkata biarpun berdepan tugas sukar susulan patch baharu diperkenal ke dalam saingan tersebut yang memberi peluang seimbang buat semua pasukan bertanding, beliau tetap optimis akan kemampuan anak buahnya untuk mencari identiti tersendiri sekali gus menyerlah pada saingan tersebut.

"Bagi kita ia sangat mencabar kerana pasukan ini juga masih bergelut dalam latihan tetapi ia akan bertambah lebih baik.

"Kami harap dalam minggu ini dapatlah adaptasi dengan patch baharu itu. Kalau dapat ke Grand Final pun dah bersyukur," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Creator Awards di sini hari ini.

Beliau dalam masa sama berkata keputusan memberangsangkan pada saingan kali ini sekali gus bakal memberikan suntikan berguna buat SRG bagi mengharungi Kejohanan Dunia M6 yang akan berlangsung di Axiata Arena di sini bulan depan.

Terdahulu, SRG turut menerima penganugerahan selaku Esport Team of The Year pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Bernama turut diberikan Anugerah Apresiasi Media yang diterima oleh wartawan sukan, Muhammad Afiff Md Adnan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan