KUALA LUMPUR, Feb 16 (Bernama) -- Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari bukan sahaja membidik emas malah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok hari ini.
Pada pusingan final di Lapang Sasar Menembak SAT, Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, sekali gus memadam rekod Asia iaitu 41 hit yang dicipta oleh penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada Kejohanan Menembak Asia 2024 di Jakarta.
Pingat perak menjadi milik penembak Korea Selatan Lee Siyoon dengan catatan 32 hit manakala Teh Xiu Yi dari Singapura menamatkan podium selepas mencatatkan 28 hit untuk memenangi pingat gangsa.
Ini adalah emas kedua Malaysia dalam kejohanan itu selepas Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mendominasi acara 10m air pistol wanita dengan 239.3 mata Khamis lepas.
Kejohanan yang bermula pada 9 Feb ini akan berlangsung sehingga 22 Feb.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial