SUKAN > BERITA

KELAYAKAN PIALA ASIA WANITA: MALAYSIA HADAPI CABARAN KOREA UTARA

27/03/2025 06:22 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasukan bola sepak wanita negara berdepan tugas sukar untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita 2026 apabila diundi dalam Kumpulan H bersama bekas juara tiga kali, Korea Utara.

Pasukan Korea Utara juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Pada majlis undian yang berlangsung di Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) House hari ini, selain Korea Utara, Malaysia turut diundi bersama Palestin dan Tajikistan.

Tajikistan akan menjadi tuan rumah bagi aksi kelayakan yang dijadualkan berlangsung dari 23 Jun hingga 5 Julai ini.

Mengikut format pusingan kelayakan, hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Australia dari 1 hingga 21 Mac tahun depan.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia Wanita adalah pada tahun 1995 ketika menjadi tuan rumah dengan pencapaian terbaik skuad negara di kejohanan itu ialah meraih tempat ketiga pada tahun 1983 yang berlangsung di Thailand.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan