SUKAN > BERITA

SENARAI SKUAD PIALA SUDIRMAN DIJANGKA UMUM JUMAAT INI - NOVA

01/04/2025 02:00 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Senarai nama skuad yang akan menggalas cabaran negara ke Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2025 dijangka diumum Jumaat ini.

Perkembangan baharu itu dimaklumkan jurulatih beregu negara Nova Widianto yang memaklumkan barisan jurulatih belum memutuskan senarai pendek pasukan negara untuk beraksi di kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Xiamen, China bermula 27 April hingga 4 Mei. 

“Sekarang masih ada senarai panjang, belum muktamad. Mungkin umum 3 April, mungkin Jumaat,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini. 

Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara tiga kali, Jepun, Australia serta wakil Eropah yang sedang meningkat naik, Perancis.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi kejohanan berpasukan campuran yang mula dianjurkan sejak 1989 itu dengan pencapaian terbaik adalah mara ke separuh akhir pada edisi 2009, 2021 dan 2023.

Sementara itu, China selaku tuan rumah dan juara bertahan bagi kejohanan dwitahunan itu diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Hong Kong serta Afrika, Algeria.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan