SUKAN > BERITA

PIALA ASIA: MALAYSIA SELANGKAH TAMATKAN PENANTIAN 34 TAHUN, JUMPA THAILAND DI FINAL

18/05/2025 12:42 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia mara ke pentas akhir acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan India 2-0 di separuh akhir di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kejayaan itu menghangatkan lagi misi memecah penantian 34 tahun untuk menumbangkan seteru utama, Thailand, yang turut layak ke final dengan kemenangan 2-0 ke atas Korea Selatan. Aksi akhir bakal berlangsung petang ini.

Dalam pertemuan menentang India, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun menurunkan regu pertama Mohamad Syahir Modh Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir, yang meraih mata buat Malaysia hasil kemenangan 15-8, 15-6.

Kemenangan tersebut menyuntik momentum buat regu kedua, terdiri daripada Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali, yang menamatkan perlawanan dengan keputusan 15-8, 15-5.

Terdahulu, Malaysia muncul juara dalam acara kuadran dan regu pada kejohanan edisi sulung tersebut.

Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan dalam acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan