SUKAN > BERITA

ABDUL LATIF KEKAL RAJA LOMPAT JAUH, PERBAHARUI REKOD DUNIA

28/09/2025 04:42 PM

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Jaguh olahraga para negara Datuk Abdul Latif Romly melakar sejarah peribadi apabila berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 di New Delhi, India, hari ini.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan, atlet berusia 28 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.67 meter (m) pada percubaan ketiga untuk meraih pingat emas sekali gus memadam rekod 7.64m yang dicatatkannya pada Kejohanan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Di belakang beliau, atlet Arab Saudi Hassan Dawshi melakukan lompatan sejauh 7.36m untuk membawa pulang pingat perak, manakala Matvei Iakushev yang bertanding sebagai atlet paralimpik neutral (NPA) meraih gangsa dengan catatan 7.22m.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan hari ini kerana berjaya memecahkan dua rekod iaitu Rekod Kejuaraan (7.61m) dan rekod dunia di New Delhi.

“Saya dedikasikan pingat ini kepada isteri dan anak-anak. Selepas ini, saya akan mengimbangi latihan serta memberi masa kepada isteri dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan dikongsikan hari ini. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan