SUKAN > BERITA

TUANKU MUHRIZ BERKENAN RASMI KEJOHANAN KARATE 1-SERIES A 2025

04/10/2025 01:06 PM

NILAI, 4 Okt (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat merasmikan kejohanan Karate 1-Series A 2025 di N9 Arena, Nilai di sini.

Ketibaan baginda tiba pada 9.08 pagi tadi disambut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam yang merupakan Penaung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) merangkap Naib Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF).

Turut hadir Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF) Antonio Espinos dan Presiden MAKAF Datuk Nur Azmi Ahmad.

Kejohanan Karate 1-Series A 2025 anjuran WKF yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam disertai 1,061 atlet dari 84 negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Brazil, Algeria, Iran dan Malaysia.

Karate 1-Series A adalah pertandingan tahap kedua dalam struktur liga WKF yang menawarkan mata ranking dunia sebelum Kejohanan Dunia di Paris bulan ini serta Kejohanan Dunia Senior di Mesir pada November.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan