SUKAN > BERITA

TERBUKA ARTIK: AARON-WOOI YIK, HON JIAN-MUHAMMAD HAIKAL MARA KE SUKU AKHIR

10/10/2025 10:20 AM

KUALA LUMPUR, 10 Okt  (Bernama) -- Dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland, semalam.

Pada aksi pusingan kedua kejohanan bertaraf Super 500 itu yang berlangsung di arena Vantaan Energia, pasangan pilihan pertama, Aaron-Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum berjaya menyingkirkan rakan senegara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 15-21, 21-14, 21-14.

Juara dunia 2022 itu akan berdepan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, yang mengejutkan rakan senegara yang juga pilihan ketujuh Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 21-18, 21-9.

Sementara itu, Hon Jian-Muhammad Haikal juga menampilkan semangat juang yang tinggi apabila bangkit untuk menundukkan beregu Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi 12-21, 21-10, 21-16.

Bagaimanapuna, harapan untuk menyaksikan pertemuan sukur akhir antara dua beregu Malaysia tidak kesampaian selepas Wan Junaidi Wan Arif-Yap Roy King tewas kepada pilihan ketiga Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 13-21, 21-12, 13-21.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan