KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kemenangan bergaya diraih gandingan wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah pada Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland hari ini, menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau melahirkan rasa gembiar apabila naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Rin Iwanaga-Ki Nakanishi dari Jepun 21-7, 21-9 dalam perlawanan akhir kejohanan Super 500, sekali gus meraih gelaran kedua mereka tahun ini.
“Saya sangat teruja, Pearly dan Thinaah benar-benar menakjubkan apabila berjaya menjuarai beregu wanita Terbuka Artik hari ini!
“Konsistensi menghasilkan kejayaan dan itu merupakan kekuatan pemain Road To Gold kita yang terus cemerlang dalam kejohanan tahun ini. Tahniah dan teruskan bersinar!#RoadToGold,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Kejayaan hari ini juga menebuskan kekecewaan beregu wanita kedua dunia itu yang tewas pada edisi lepas kepada Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 12-21, 17-21.
Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Thailand pada Mei selain muncul naib juara pada Terbuka Jepun, Indonesia dan Masters Indonesia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial