KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Senarai atlet olahraga yang bakal mewakili negara ke Sukan SEA 2025 di Thailand dijangka diumumkan pada minggu pertama November ini.
Setiausaha Agung Persatuan Olahraga Malaysia (MA) Norhayati Karim berkata pelbagai aspek perlu diteliti terlebih dahulu sebelum senarai akhir atlet dapat dimuktamadkan, termasuk prestasi semasa dan tahap kecergasan masing-masing.
“Buat masa ini, kita sudah ada senarai pendek atlet olahraga yang akan pergi cuma ada beberapa prosedur yang perlu kita ikut. Sebab kita ada dua kategori atlet, iaitu kategori A dan B. Selain itu, atlet yang ke Sukan SEA ini juga perlu melepasi tapisan, kita perlu semak laporan pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan program Seminar dan Forum Gender Leadership 2025 di pejabat MA di sini hari ini.
Mengulas berkenaan penganjuran seminar dan forum pada 26 Okt ini, Norhayati berkata program itu bakal membincangkan peranan, penyertaan serta cabaran wanita dalam bidang sukan di Malaysia.
Beliau berkata MA ialah persatuan sukan kebangsaan pertama yang menganjurkan program berkenaan dengan kerjasama Olahraga Dunia (WA).
“Program itu mendukung saranan KBS dan WA untuk memperkasakan wanita dalam sukan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial