SUKAN > BERITA

LIGA SUPER: KTRW RAIH TIGA MATA, TEWASKAN MELAKA FC 2-1

24/10/2025 11:51 PM

KOTA BHARU, 24 Okt (Bernama) -- Kelantan The Real Warriors berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri selepas menumpaskan Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Muhammad IV, di sini hari ini.

Ia merupakan kemenangan ketiga buat pasukan pantai timur itu, selepas tujuh perlawanan saingan Liga Super musim ini.

Pada aksi malam ini, pasukan tuan rumah berjaya mendapat gol pertama pada minit ke-36 selepas pemain Import Melaka FC Michael Ozor tertampan bola hantaran lintang pemain KTRW Muhammad Syahir.

Memasuki babak kedua Melaka FC cuba memperkemas permainan bagi mencari gol penyamaan perlawanan, namun gagal susulan kekebalan benteng pertahanan KTRW.

Kelantan TRW berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-88 menerusi rembatan pemain gantian Muhammad Danial Haqim, dari luar kotak penalti.

Melaka FC berjaya bangkit pada penghujung perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Juan Silva.

Bagaimanapun gol itu tidak cukup untuk menghalang tuan rumah daripada memenangi perlawanan itu sekali gus meraih tiga mata.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan