KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Jaguh sukan tarian kebangsaan Bernice Iu Weng Tong mempamerkan aksi memukau untuk merangkul tiga pingat emas di Terbuka Hong Kong 2025 yang berlangsung di Wan Chai, baru-baru ini.
Menurut Persekutuan DanceSport Malaysia (MYDF), Bernice memenangi tiga emas menerusi kategori Latin pada kejohanan yang berlangsung pada 6 hingga 9 Nov lepas.
Emas pertama Bernice diperoleh menerusi acara solo wanita samba Kejohanan Asia, mengetepikan cabaran Chen Jr Yu dari Taiwan yang meriah perak dan wakil Vietnam Nguyen Lam Huyen Ang membawa pulang gangsa.
Bernice meneruskan kecemerlangan apabila meraih emas kedua DanceSport Asia (DSA) sekali lagi menewaskan lawan sama Chen dan Nguyen yang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
Dominasi atlet muda negara itu diteruskan apabila membawa pulang emas ketiga World DanceSport Federation (WDSF) solo latin wanita (ranking dunia) mengatasi rakan senegara Yap Wan Yin yang meraih perak manakala atlet tuan rumah Abby Lo melengkapkan podium dengan gangsa.
“Kejayaan cemerlang Bernice meletakkan Malaysia di tangga teratas dalam kalangan lebih 15 negara peserta, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang muda paling menyerlah di Asia dalam bahagian Latin,” menurut kenyataan MYDF.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial