KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya, apabila terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan lewat malam tadi, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116, berbanding tempat ke-118 pada bulan lepas.
Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.
Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).
Jepun terus menguasai kedudukan Asia di ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).
Di peringkat global, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial