GEORGETOWN, 20 Nov (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini meneruskan perlumbaan ke Pulau Langkawi dari Pulau Pinang pada kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-35.
Tengku Amir bersama kru kapal layar Maduzi memulakan perlumbaan sekitar 12:30 tengah hari. Turut serta isteri baginda Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
Sebelum ini, Tengku Amir melengkapkan kesemua perlumbaan RMSIR iaitu dari Port Klang ke Pulau Pangkor, Pulau Pangkor ke Pulau Pinang dan perlumbaan ‘in shore’ sekitar Pulau Pinang.
RMSIR yang berlangsung selama sembilan hari dari 14 hingga 22 Nov ini, disertai 23 pasukan akan meneruskan perlumbaan ke Langkawi hari ini.
Sejak dianjurkan pada 1990, regata itu ialah kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia dan merupakan idea cetusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda bergelar Raja Muda Selangor.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial