KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengesahkan bintang sensasinya yang juga ayam tambatan Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi selamat menjalani pembedahan di Finland.
JDT turut memaklumkan bahawa Arif Aiman dirawat doktor ortopedik terkemuka Dr Lasse Lempainen, yang pernah merawat beberapa atlet elit dalam pelbagai disiplin sukan.
“Pakar ortopedik ini pernah bekerja dengan atlet daripada pelbagai sukan termasuk pemain bola sepak seperti pemenang Ballon d’Or 2025 Ousmane Dembele, Reece James, Ruben Neves, Nuno Mendes, Alejandro Balde, Ronald Araujo dan ramai lagi,” menurut kenyataan kelab itu.
Arif Aiman mengalami kecederaan ketika aksi kelima Kumpulan F menentang Nepal pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 18 Nov lepas.
Pemain sayap berusia 23 tahun itu sempat beraksi kira-kira lapan minit sebelum terpaksa dikeluarkan dan tempatnya digantikan dengan Mohamad Faisal Halim, yang meletakkan Malaysia menang 1-0.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial