SUKAN > BERITA

AUG 2026 BERLANGSUNG 10 HINGGA 20 DIS DI LIMA UNIVERSITI

05/12/2025 01:31 AM

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 akan berlangsung dari 10 hingga 20 Dis di lima universiti tempatan.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan hari ini, memaklumkan universiti terlibat ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Sebanyak 25 sukan dan permainan telah disenaraikan untuk dipertandingkan di pelbagai lokasi universiti dan pusat sukan terpilih dengan antara sukan tumpuan ialah bola sepak, olahraga, renang dan hoki,” menurut kenyataan itu.

Sukan lain termasuk silat, taekwondo, karate, judo, catur, memanah, sepak takraw, tenpin boling dan skuasy.

AUG merupakan acara sukan utama peringkat universiti negara ASEAN yang mula diperkenalkan pada 1981 di Chiang Mai, Thailand. 

Kontinjen Malaysia pernah muncul juara keseluruhan sebanyak dua kali, iaitu di Kuala Lumpur pada 2008 dan Vientiane, Laos pada 2012.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan