SUKAN > BERITA

PEARLY-THINAAH SEDIA GEGAR SUKAN SEA THAILAND

05/12/2025 02:49 PM

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Pemain beregu wanita negara M Thinaah mengakui bersama pasangannya Pearly Tan, mereka teruja untuk membuat penampilan pertama pada Sukan SEA  2025 di Thailand yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini.

Thinaah berkata beliau akan cuba untuk memberikan aksi yang terbaik bagi mengharumkan nama Malaysia di temasya dwi tahunan itu.

“Kami sangat teruja kerana akhirnya dapat bertanding di Sukan SEA. Setiap mata dikira, setiap perlawanan adalah penting dan kami telah bersedia untuk beri yang terbaik,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Selain Pearly-Thinaah, pasukan negara turut akan diwakili pasangan ranking ke-22 dunia Teoh Mei Xing-Go Pei Kee dalam acara beregu wanita dan berpasukan.

Kali terakhir Malaysia memenangi acara beregu wanita di Sukan SEA ialah pada 2015 menerusi Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho, manakala acara berpasukan wanita pada 2009.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan