SUKAN > BERITA

TFC TAMATKAN KONTRAK PEMAIN SAYAP BRAZIL GABRIEL SILVA

04/01/2026 03:16 PM

KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Bernama) -- Terengganu FC (TFC) mengumumkan menamatkan kontrak pemain sayap import Gabriel Silva atau lebih mesra dengan panggilan Gabi berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata pihaknya mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak pemain kelahiran Brazil itu mengikut undang-undang serta peraturan.

Beliau berkata keputusan itu diambil bagi memperkemas dan memperkukuh prestasi kelab dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.

“TFC ingin mengumumkan kelab ini dan Gabi telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal sebelum tamat musim 2025/2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TFC ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super di belakang Kuala Lumpur City FC selepas mengumpul 18 mata daripada 13 perlawanan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan