KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching mengukir sejarah baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menamatkan pendakian 106 tingkat Menara Exchange dalam tempoh kurang 14 minit, hari ini.
Pelari kelahiran Selayang itu menamatkan pendakian 2,228 anak tangga menuju ke puncak menara, dengan catatan masa 13 minit 7 saat (s), bersempena dengan Hari Naik Tangga Sedunia yang diraikan pada Rabu minggu kedua Januari.
Terdahulu, Pegawai MBOR Edwin Yeoh Tiong Chin menyerahkan sijil pengiktirafan rasmi itu dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Catatan masa yang ditetapkan MBOR ialah 14 minit ke bawah.
Wai Ching menyasarkan mencipta lima lagi rekod MBOR pada tahun ini selain memecahkan lebih banyak rekod kejuaraan.
“Niat saya adalah untuk mencatat lebih banyak pencapaian dan menguji kemampuan,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Teo merakamkan ucapan tahniah kepada Wai Ching atas kejayaan yang dilakar dan berharap orang ramai dapat mencontohi amalan gaya hidup sihat yang diamalkan pelari ranking nombor satu dunia itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial