SUKAN > BERITA

PROGRAM RTG DITERUSKAN, TIADA SEBARANG PERUBAHAN - DR MOHAMMED TAUFIQ

26/02/2026 02:02 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Program Road To Gold (RTG) akan diteruskan tanpa sebarang perubahan pada struktur dan perancangan dalam usaha memburu pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028), kata Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata satu mesyuarat bersama jawatankuasa program RTG akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju serta perancangan program berkenaan.

“Setakat ini tidak ada perubahan (dalam RTG) dan kita akan terus bekerja rapat serta berbincang untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan baik dan lancar supaya kita dapat menggapai sasaran yang telahpun ditetapkan.

“Kalau ada perubahan dalam masa terdekat, saya akan keluarkan kenyataan,” katanya pada Majlis Pelancaran My Athlete Centre di Pavilion Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini. 

Kerajaan telah memperuntukkan RM12 juta bagi pelaksanaan RTG untuk 2026. 

Terdahulu, Dr Mohammed Taufiq merasmikan My Athlete Centre yang berfungsi sebagai hab kesejahteraan dan kebajikan atlet yang mampu memperkaya pengalaman melalui sokongan kesihatan mental dan pengurusan kebajikan.

“My Athlete Center adalah satu hab untuk atlet kita bersantai, berkumpul dan juga merehatkan diri mereka setelah seharian menjalani latihan dan sebagainya.

“Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 dan dalam sini kita lihat reka bentuknya sangat moden dan begitu santai sekali. Kita juga nak memastikan bahawa atlet-atlet kita dapat mengawal tekanan mereka setelah latihan yang sangat panjang,” katanya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan