KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui “pening” untuk mencari beregu lelaki ketiga bagi memperkuatkan skuad kebangsaan pada saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark bulan depan.
Beliau berkata ia susulan beberapa pemain beregu lelaki negara, termasuk Aaron Tai-Kang Khai Xing menampilkan aksi yang memberangsangkan dalam kejohanan yang disertai mereka ketika in
Bagaimanapun, Herry berkata ketika ini dua beregu utama negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun hampir pasti untuk disenaraikan ke kejohanan berprestij itu.
“Satu lagi pasangan belum tentu. Boleh jadi Goh Sze Fei-Nor Izzuddin Mohd Rumsani atau yang lain saya belum tahu.
“Kebiasaannya kita akan ikut ranking tetapi kita akan berjumpa dengan Rexy Mainaky untuk membincangkan berkenaan perkara ini,” katanya kepada media selepas sesi latihan pasukan badminton kebangsaan di Bukit Kiara di sini hari ini.
Dalam pada itu, Herry meluahkan kekecewaan terhadap pasangan Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian yang terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Switzerland ketika ini akibat kecederaan.
Bagaimanapun, beliau enggan memanjangkan isu itu dan memilih untuk memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan prestasi beregu lelaki lain.
“Mereka kata cedera (faktor tarik diri Terbuka Switzerland), tapi kalau cedera kita boleh nampak tapi saya tak nampak.
“Saya tidak mahu banyak fikir perkara ini kerana banyak lagi pasangan lain yang kita ada. Kalau kita sudah tegur tetapi mereka yang tidak mahu dengar buang masa sahaja,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial