WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2025 RKPYS DIBUKA HINGGA 19 NOV INI

06/11/2024 01:27 PM

SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Permohonan kemasukan pelajar tingkatan satu 2025 bagi Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) kini dibuka hingga 19 Nov ini.

Yayasan Selangor dalam kenyataan memaklumkan pemohon perlu mendapat Tahap Penguasaan (TP) 3 untuk semua mata pelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahun enam sekolah rendah, bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan (KPM) atau sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM dengan keutamaan diberikan kepada murid luar bandar.

“Selain itu, pemohon atau ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun selain berpendapatan per kapita kurang RM2,000 sebulan,” menurut yayasan itu.

Borang permohonan yang telah diisi secara dalam talian perlu dicetak dan disertakan sekali dengan dokumen diperlukan dan hantar kepada Unit Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui serahan tangan atau pos sebelum atau pada 22 Nov ini. 

Menurut Yayasan Selangor, pelbagai kemudahan ditawarkan kepada murid terpilih termasuk asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik, pembangunan kendiri dan pemantauan berterusan daripada guru yang dilantik.

“Semua murid tahun enam bagi sesi 2024 negeri Selangor yang berkelayakan dipersilakan untuk memohon, tertakluk kepada syarat dan had kuota penempatan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu. 

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui http://www.yayasanselangor.org.my/ sebelum tarikh tutup pada 19 Nov.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan