WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PROGRAM 2TM REKOD 343,294 PENGUNJUNG

24/11/2024 08:50 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 343,294 pengunjung direkodkan pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang melabuhkan tirai hari ini.

Jumlah itu sekali gus melebihi sasaran 230,000 orang bagi program tiga hari bertemakan ‘MADANI di Hati, Rakyat Disantuni’ itu yang bermula Jumaat lepas. 

Menurut sekretariat penganjuran, seramai 140,165 hadir hari ini manakala 85,217 pengunjung direkodkan pada Jumaat dan 117,912 pada Sabtu.

Antara pengisian program ialah perkongsian pencapaian dan inisiatif kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi townhall semalam.    

Turut berlangsung Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 pada Sabtu dan Ahad yang bertujuan menambah baik penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kecekapan dan integriti perkhidmatan awam.

Sepanjang program, kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) muncul sebagai kaunter paling popular apabila menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mendapatkan diskaun saman trafik dan menukar topi keledar secara percuma.

Turut dipenuhi pengunjung reruai Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga jauh lebih murah berbanding pasaran selain pameran agensi kerajaan dan swasta yang lain.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan