WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERLIS TERIMA SIJIL AUDIT BERSIH HASIL KERJASAMA PENJAWAT AWAM, KERAJAAN PERSEKUTUAN

23/01/2025 10:01 PM

KANGAR, 23 Jan (Bernama) -- Faktor kerjasama baik penjawat awam negeri dan Persekutuan antara lain menyumbang kepada kejayaan Kerajaan Negeri Perlis menerima pengiktirafan Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Tahun 2023.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua penjawat awam yang terlibat dalam usaha kita untuk dapat audit bersih ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan,” kata Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu pada perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rahimi Ismail.

Sementara itu, Rahimi berkata sijil audit bersih itu adalah perakuan daripada Ketua Audit Negara berhubung dengan audit kewangan dan audit perkhidmatan di negeri berkenaan yang kejayaan itu hasil sokongan semua jabatan di Perlis.

 “Alhamdulillah, berkat kepimpinan Menteri Besar Perlis, dan semua exco negeri dan juga sokongan semua jabatan, Perlis mendapat audit bersih dan ini satu kebanggaan kepada negeri Perlis untuk kita maju kedepan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Rahimi berkata pihaknya menyasarkan untuk mengekalkan kecemerlangan itu pada tahun-tahun mendatang selain bermatlamat mendapat rating lima bintang daripada Ketua Audit Negara berbanding empat bintang pada masa ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan