BEIJING, 4 Feb (Bernama-CMG) -- Jumlah kutipan tiket filem di China bagi tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) ini (dari 28 Jan hingga 4 Feb) mencecah RMB8.5 bilion (RM5.3 bilion) sehingga pukul 9.28 malam Isnin, menurut data statistik platform dalam talian.
Setakat ini, kutipan tiket filem di pasaran China berjumlah RMB10 bilion (RM6.14 bilion) sejak awal tahun ini, melepasi Amerika Utara dan menduduki tangga teratas di dunia.
Kutipan tiket filem bagi tempoh perayaan TBC ini beberapa kali membaharui rekod sejak prajualan dimulakan. Enam filem terbitan China yang ditayangkan melibatkan pelbagai tema dan dapat memenuhi cita rasa penonton yang berbeza.
"Nezha Conquers the Dragon King", filem animasi yang dihasilkan China memperoleh kutipan paling banyak dan kini mendahului ranking kutipan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial