WILAYAH - UTARA > BERITA

TIGA CEDERA BAS EKSPRES TERBABAS

15/03/2025 12:34 PM

IPOH, 15 Mac (Bernama) -- Tiga cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang terbabas di bahu jalan berdekatan Dewan Malaysian Relief Agency (MRA) Pos Slim, Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak  Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa penumpang sebanyak 23 orang warga Singapura telah terbabas ke bahu jalan. 

"Terdapat seorang lelaki iaitu pemandu bas mengalami kecederaan patah kaki telah dibawa keluar dari bas oleh orang awam dan dua orang penumpang mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 6.41 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan