LABUAN, 15 Mac (Bernama) -- Sebanyak 150 keluarga dari tujuh kampung di Labuan menerima tangki air sebagai langkah sementara sebelum projek penggantian paip siap.
Tangki bernilai RM82,000 itu merupakan sebahagian daripada peruntukan khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
"Pengagihan ini berfungsi sebagai penyelesaian jangka pendek untuk membantu keluarga terjejas menghadapi gangguan bekalan air manakala penyelesaian jangka panjang yang melibatkan penggantian paip yang sudah tua dan rosak, sedang berjalan," kata Dr Zaliha kepada Bernama selepas majlis penyerahan itu.
Beliau juga mengulangi komitmen kerajaan untuk menambah baik infrastruktur di Labuan dan memastikan penduduk mendapat akses kepada bekalan air bersih yang stabil.
Tujuh kampung terlibat ialah Kampung Pantai, Kg Bukit Kuda, Kg Patau-Patau 1 dan 2, Lubok Temiang, Durian Tunjong dan Belukut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial