WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU DIJANGKA SIAP SEPTEMBER 2027

15/03/2025 10:10 PM

PASIR PUTEH, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan Kelantan optimis Kompleks Sukan Bukit Merbau akan siap menjelang September 2027 sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2028.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata kerja-kerja pembinaan sedang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kami telah membentangkan perkembangan projek ini kepada Kementerian Belia dan Sukan, dan secara asasnya kementerian berpuas hati dengan kemajuan semasa. Pembinaan stadium utama juga telah bermula,” katanya selepas Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Masjid Jamek Ibrahim, di sini hari ini.

Beliau berkata hingga kini, kerja-kerja tanah di tapak kompleks itu telah mencapai 89 peratus manakala pembinaan stadium utama berada pada tahap satu hingga dua peratus.

“Pihak kami akan mendapatkan laporan berkala daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Belia dan Sukan (JBS), serta kontraktor terlibat bagi memastikan projek berjalan lancar,” katanya.

Zamakhshari berkata JKR terus memantau pelaksanaan projek bagi memastikan ia mengikut jadual dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Kompleks sukan itu dibangunkan dengan peruntukan RM256 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan bakal menjadi venue utama bagi pelbagai acara sukan dalam SUKMA 2028.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan