Seramai 790 penerima daripada pelbagai kategori terpilih menerima kurniaan keseluruhan berjumlah RM277,500, termasuk daripada kategori miskin yang masing-masing menerima wang tunai RM500 dan hamper barangan asas bernilai RM250, manakala pelajar sekolah menerima wang tunai RM250.
Majlis tahun itu bertambah istimewa kerana Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) turut memberi kurniaan kepada pengusaha dan penenun songket yang bernaung di bawah yayasan tersebut.
Selain itu, dua madrasah iaitu Maahad Madrasah Darul Tauhid Wa Tahfizil Quran, Kuala Berang dan Ribath Tahfiz Sheikh Ahmad Asy-Syinnawi, Dungun juga dipilih bagi menerima kurniaan tersebut bagi kategori khas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial