WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KANAK-KANAK LELAKI DITEMUKAN LEMAS, ADIK MASIH HILANG

19/03/2025 08:15 PM

MUKAH, 19 Mac (Bernama) -- Seorang daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira 3.50 petang semalam ditemukan lemas.

Kanak-kanak lelaki, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, ditemukan oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 4.40 petang hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Adik perempuan mangsa, Susie Kiu, 7, masih belum ditemukan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.50 petang semalam, mangsa dikatakan mandi di sungai tersebut bersama adiknya tidak jauh dari Jambatan Kuning Mukah.

Ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula pada pagi esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan