WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS MIRI TAHAN LELAKI CUBA SELUDUP DIESEL

20/03/2025 08:35 PM

KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai cuba menyeludup minyak diesel dalam Op Taring Landai di Jalan Melor, Bekenu, Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata lelaki itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri kira-kira 6.45 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux Single Cab berwarna putih yang dipandunya membawa muatan minyak diesel yang disyaki diseleweng. 

“Pemandu terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri bagi pemilikan bahan bakar itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata polis merampas kenderaan dan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM94,500 itu dan diserahkan kepada pihak KPDN Miri untuk tindakan lanjut di bawah Akta Bekalan 1961.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan