WILAYAH - TIMUR > BERITA

POLIS KESAN TUJUH INDIVIDU BANTU SIASATAN KES JENAYAH DI TANAH MERAH

21/03/2025 09:00 AM

KOTA BHARU, 21 Mac (Bernama) -- Polis sedang giat mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata empat daripada mereka berasal dari Kampung Felda Kemahang 3, iaitu Norahamdasukiran Mat Nawi, Muhd Zulhimi Zahari (Pujo), Azuan Mat Ali (Duan Pok Mi), dan Mohamad Rudie Fikri Zakaria (Mek Yu Pok Ya).

“Dua lagi berasal dari Kampung Paku, Gual Ipoh, iaitu Mohd Zahari Mohd Rofi dan Mohmad Zamri Mohd Rofi manakala seorang lagi individu berasal dari Kampung Lalang Pepuyu.

“Kesemua mereka berumur antara 33 hingga 39 tahun dan sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Insp Chek Azri Che Ismail melalui talian 017-6970665 atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline IPD Tanah Merah 09-9558429 atau 09-955622 serta mana-mana balai polis berdekatan.

“Kesemua individu terbabit diminta tampil memberi keterangan kepada pihak polis dengan kadar segera. Kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan