WILAYAH - TENGAH > BERITA

AGONG BERANGKAT KUNJUNGI BAZAR RAMADAN DI BANGSAR

22/03/2025 05:59 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat berkunjung ke Bazar Ramadan di kawasan Jalan Telawi, Bangsar di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga di bazaar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama petugas Istana Negara.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli-belah.

“Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong nyata mengujakan pengunjung BSC yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan