WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RAJA ZARITH SOFIAH SANTUNI MANGSA BANJIR DI JOHOR, KURNIA SUMBANGAN PERIBADI

22/03/2025 06:06 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada penduduk terjejas di PPS Kampung Maju Jaya.

PPS yang mula dibuka sejak 20 Mac lepas itu, menempatkan seramai 313 mangsa banjir daripada 74 keluarga yang terkesan.

“Raja Zarith Sofiah kemudian berangkat ke PPS Kampung Sinaran Baru yang menempatkan 435 mangsa banjir daripada 110 keluarga,” menurut hantaran itu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan isteri, Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latif.

Sementara itu, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia turut menyumbangkan kit penjagaan kebersihan diri serta bantuan perubatan kepada setiap keluarga di PPS.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan