WILAYAH - SELATAN > BERITA

TEO SAMPAI SUMBANGAN RM93,000 KEPADA MASJID, SURAU DI PARLIMEN KULAI

22/03/2025 06:36 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan bernilai RM93,000 bagi membantu masjid dan surau di Parlimen Kulai, Johor melaksanakan aktiviti dan program pada bulan Ramadan.

Teo dalam kenyataan berkata sumbangan itu disampaikan kepada Pengerusi Masjid dan Surau Daerah Kulai Fizwan Mohd Rashidi hari ini untuk diserahkan kepada 30 masjid dan 57 surau di bawah Parlimen itu sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata setiap masjid menerima RM1,200 manakala setiap surau menerima RM1,000. 

“Diharapkan pada bulan Ramadan ini, semua penduduk di Kulai tanpa mengira kaum dan bangsa dapat berganding bahu untuk bersama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan surau.

“Ia dapat memberikan semangat kerjasama dan membina sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan