JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) -- Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata ia melibatkan peruntukan sebanyak RM560,000 dengan 500 lokasi daripada jumlah itu terletak di daerah Johor Bahru.
"Kerja-kerja pembaikan bermula tengah malam tadi dan bergantung pada keadaan cuaca yang baik bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau jalan rosak di Lebuhraya Pasir Gudang di sini hari ini.
Beliau berharap keadaan cuaca adalah baik bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sementara itu, katanya, kerja pembaikan penghubung jambatan di Kampung Felda Air Tawar 1 yang runtuh dan kerosakan struktur jambatan Sungai Layau di daerah Kota Tinggi akan mula dilakukan setelah langkah penyelesaian dikenal pasti oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial